Jul 2, 2017

Filem Bollywood Mohenjo Daro Lakonan Hrithik Roshan

Mohenjo Daro, Filem, Movie, Bollywood, Review, Pelakon, Hrithik Roshan, Pooja Hegde, Tamadun Lembah Indus, Sejarah,
Filem Bollywood Mohenjo Daro Lakonan Hrithik Roshan

Baru - Baru ini aku ada menonton filem Bollywood yang bertajuk Mohenjo Daro lakonan Hrithik Roshan yang disiarkan di TV.  Tajuk filem ini mengingatkan aku pada mata pelajaran Sejarah hehehe, dimana Mohenjo Daro ini adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus yang kini terletak di Sindh Pakistan. Ianya juga adalah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud sezaman dengan Tamadun Mesir Purba, Mesopotamia dan Crete. Jadi dah nama filem pun Mohenjo Daro kan, so latar tempat filem ini juga memang digambarkan seperti betul - betul berada pada zaman tamadun Lembah Indus tersebut. Heroin filem ini adalah Pooja Hegde yang debut buat pertama kalinya dalam Industri Bollywood menerusi filem ini. Sebelum ini Pooja Hegde banyak berlakon dalam filem Telegu. Filem Mohenjo Daro ini release pada 12 Ogos 2016 dan diarahkan oleh Ashutosh Gowariker. Apa pun pujian buat pengarah filem ini kerana bukan senang nak menghasilkan filem yang berlatarbelakangkan zaman sejarah ni sebab perlu melakukan banyak kajian, perlu berjumpa dan berbincang dengan pakar - pakar arkeologi, pakar sejarah dan sebagainya sebelum menghasilkan filem yang bergenre sebegini.

Hrithik Roshan dah pernah berlakon di bawah arahan Ashutosh Gowariker sebelum ini iaitu dalam filem Jodha Akhbar (2008). Walaubagaimanapun aku rasa jalan cerita filem ini sedikit bosan bagi aku, malah aku hampir nak tertidur di bahagian penghujung filem ini hahaha. Tapi sebagai peminat sejarah, aku memang suka bila filem yang bergenre sejarah seperti ini semakin banyak dihasilkan di Bollywood. Sekurang - kurangnya aku dah menonton filem ini dan dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang bagaimana rupa Tamadun Lembah Indus itu dan juga struktur bangunannya yang unik. Dari segi muzik, lagu tema / OST Mohenjo Daro ini adalah ciptaan komposer hebat A.R. Rahman, walaubagaimanapun tiada lagu yang berjaya menarik perhatian aku sebab aku rasa semuanya biasa - biasa saja. Secara keseluruhannya aku bagi 5.7 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.
Share:

0 comments:

Post a Comment